Seni politik di Malaysia ini pelik, pertama sekali apa yang aku dapat, kedua baru apa yang rakyat dapat. Baik kita bercerita pasal worst kes scenario, apa akan jadi kalau Mail Sabri jadi PM. 1) Perikatan Nasional sudah pasti akan terbubar; its BN 2.0 now. Mana-mana MP UMNO yang melompat keluar akan cuba masuk balik. Mail akan terima demi timbal balas sokongan, tapi ahli bawahan umno akan marah. 2) Banyak ahli bawahan UMNO tak setuju sebab Mail di lihat hanya sebagai puppet Mahiadin. Jadi ada kebarangkalian yang ahli bawahan umno akan undi protes pada PRU1S. Apa akan jadi pada Bersatu? Bersatu ini asal dia ada 12 kerusi sahaja, yang lain dia curi dari PKR dan UMHO. Cara dia curi ada 2, bagi insentif atau dengan ugutan. So bila Mahiadin tadi bukan lagi Perdana Menteri, MP-MP yang di ikat dengan cara ini pasti akan cari jalan keluar. Kalau yang di ikat dengan insentif dan ganjaran, maknanya BN kena counter offer benda yang sama. Kiranya scheme of things 2.0. Kalau yang di ikat dengan ugutan, takkan mereka nak di ugut pula oleh tuan yang baru? Hidup pasti tak tenang. Contohnya hamba abdi kalau tuan dia mati, adakah dia akan setia atau akan melarikan diri bila ada peluang? Bodohlah kalau dia setia dan jadi hamba abdi orang lain. PAS bila sokong UMNO, mereka terpaksa jilat balik kata-kata nereka sebab yang sokong umno sekarang ini adalah kleptokrat. Dan majoriti kerusi pas di parlimen adalah dari Pantai Timur. Bila PRU15, pas most likely akan kalah tak kiralah pas berkompromi dengan umno untuk 1 (pas/umno) lawan 1 (PH) atau pun 2 penjuru (pas) vs (UMNO) vs (ph). Kalau ini terjadi, banyak pengundi PAS akan lari untuk undi parti yang betul-betul nak lawan ummo. BN2.0 juga Akan echo kegogalan PN. Sifir dia senang, sebab BH2.0 terpaksa retain menteri yang sana. ,ada 13 kabinet menteri pasti dari orang yang sama, except few shuffle macam MOF, KDN dan Pertahanan ( Kenenterian lubuk Duit). Itu belum masuk bab tpm. Siapa yang Mail nak ambil tpm sebab dalam kem bersatu pun ada 2 puak. Mezah tak suka dengan Jemin dan likewise. Kalau Jenin jadi tpm, that is the end of umno as hell. Orang bawah umno pasti akan memberontak. Not to mentioned yang selama 15 bulan ini adalah testiment kepada the whole cabinet. Cuba cerita negara mana yang nak melabur kalau pm dia sendiri tak ada orang kenal? Dengan tak ada satupun agency rating antarabangsa yang favor Mail, Malaysia kebarangkaliannya akan masuk ke tahap kemelesetan ekonomi. On the flipside, kalau GPS betul berkecuali dan serah pada ydpa, Insyallah masih PH masih lagi ada harapan. Belum YDPA buat keputusanpun mereka dah derhaka mengambil wewenang baginda, declare Mail sebagai pemenang, berpolitik macam tak ada adab. Sebab itu kena baca surat istana negara yang terkini ada beberapa point yang penting ( sama macam apa yang Anwar sebut dalam sidang media semalam secara live, bukan penakut macam PM bacadoa.PDF): 1) Rakyat tak wajar di bebankan dengan kemelut politik yang tak berkesudahan dalam negara bergelut dengan isu kesihatan dan pendemik. ( Ingat Mail Sabri adalah punca kita semua berada dalam PKP2.0 sampai sekarang tak boleh balik kampung. Azmin pula jadi punca yang bagi kilang di buka tanpa ada SOP yang jelas dan terbukti hampir 96% kluster adalah daripada kluster tempat kerja) 2) Kesepakatan dan kejujuran ahli dewan rakyat sangat perlu (ini yang tak ada dalam kabinet of thieves PN dulu, sebab itu hancur walaupun bloated) 3) Perancangan untuk membangun balik negara, program menangani pendemik COVID-19 ( PN selama ini merancang secara auto-pilot), dan pelan pemulihan negara ( idea Anwar yang di copy paste oleh PM bacadoa.PDF) Baginda dan MRR akan berbincang secara lanjut tentang Perdana Menteri. Bila MRR masuk campur dalam suasana istisyarah, saya yakin hasilnya pasti akan akan baik untuk rakyat jelata. Kepada Allah kita berserah.