SEDEKAH MENGIKUT SUNNAH NABI i) Tiada ketetapan jumlah dan nilai walaupun dengan sebiji tamar. ii) Tidak mengkhususkan majlis makan hanya untuk orang kaya sahaja bahkan mengutamakan orang fakir dan miskin. iii) Mengelakkan riyak dan 'ujub. iv) Tiada pertaruhan siapa cepat dia dapat meja mahal. v) Tiada konsep antara dua darjat. vi) Tiada majlis khusus untuk bersedekah. vii) Tiada penetapan hari-hari tertentu dan habuan-habuan tertentu dengan sedekah yang diberikan. viii) Tiada pembaziran dan bermewah-mewah. SEDEKAH MENGIKUT SUNNAH WAHHABI i) Menetapkan jumlah 1K, 5K, 10K dan 15K ii) Mengkhususkan kepada orang-orang kaya. Meja dan kerusi mengikut harga darjat masing-masing. iii) Membuka ruang riyak dan 'ujub. Aku meja 15K, dia meja 1K jer. iv) Mewujudkan pertaruhan siapa cepat dan banyak duit dapat meja mahal. v) Mewujudkan konsep 4 darjat. Darjat 1K, 5K, 10K dan 15K. vi) Mengkhususkan majlis untuk bersedekah. vii) Mengkhususkan setahun sekali dan menyediakan habuan meja VVIP, VIP atau orang kebanyakan. viii) Menggalakan pembaziran. Makan di hotel dengan hidangan yang melimpah ruah dan bermewah-mewah. Semoga Madrasah Ramadhan akan meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH dengan mengikut sunnah Rasulullah bukan memperbanyakkan dan menggalakkan bid'ah dholalah. -ADMIN-